CHILDREN OF THE WHALE
Anime yang akan drain your emotions, sedih, aksi, gembira, suka, duka, geram.
Awal episode menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti penduduk di atas pulau yang berlayar tanpa hala tuju bertahun lamanya, yang dinamakan Mud Whale. Penonton disajikan dengan misteri mengenai anugerah (kuasa) yang diberikan sejak lahir, dan kaitan kuasa tersebut terhadap had jangka hayat mereka.
Permulaan cerita begitu perlahan dan melonjak secara mendadak pada episode kedua dan seterusnya. Misteri mengenai pulau dan penduduk juga dirungkai secara perlahan dan kadang-kadang misteri tu ada yang kita boleh agak sendiri dan ada yang tak dijangka.
Aku tak recommend anime ni kepada korang yang suka hero yang OP macam One Punch Man, Son Goku (Dragon Ball), geram tengok watak utama dia (Chakuro) ni lembik dan crybaby 😂. Nasib ada watak-watak lain yang ada mampu mengimbangi antagonist tanpa overshadow Chakuro sebagai watak utama.
Tapi bagi penggemar misteri dan aksi, sangat recommended tengok anime ni, sebab sampai habis Season1 ni pun masih banyak misteri yang masih belum ada jawapan.
Tapi bagi penggemar misteri dan aksi, sangat recommended tengok anime ni, sebab sampai habis Season1 ni pun masih banyak misteri yang masih belum ada jawapan.
Ada jugak part kadang-kadang stress jugaklah dengan kaum Mud Whale ni, baik hati ditahap yang tak terjangkau dek akal. Tapi ada jugak part yang penuh dengan pengajaran dan ikhtibar.
Anyway, lukisan menarik dan kemas sesedap mata memandang. As usual, para seiyu yang cemerlang dalam penggunaan setiap nada dan intonasi untuk menjayakan situasi dan babak-babak tertentu.
Anime ni masih ongoing dan Season 2 akan ditayangkan pada tahun 2019. Sama-samalah kita nantikan~.

